Wednesday, April 9, 2008

Mahasiswa sebagai Fasilitator 3

Peringkat-peringkat Pemudahcara

Kalau nak dilihat, memang banyak peringkat yang dihasilkan mengikut kesesuaian organisasi-organisasi tertentu. Biarlah saya berikan pemeringkatan ini berpandukan pendapat saya sendiri.

Pembimbing Rakan Sebaya adalah yang paling asas. PRS tidak memerlukan apa-apa teknik yang kritikal. PRS hanya memerlukan teknik mendengar yang baik. Sebab itu, PRS dijadikan asas kepada sistem persekolahan sekarang. Mungkin boleh dikembangkan ke peringkat IPT selepas ini.

Fasilitator adalah peringkat kedua. Fasilitator pula boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, bergantung kepada kumpulan sasaran itu. Ada fasilitator untuk kumpulan asas, kumpulan bermasalah, kumpulan perkongsian, dan macam-macam lagi. Ia mengikut kamampuan fasilitator itu sendiri dalam mengendalikan kumpulan terbabit. Fasilitator memerlukan kemahiran mendengar dan menguruskan kumpulan supaya kumpulan bergerak ke satu arah yang disepakati bersama. Fasilitator akan terus memimpin kumpulannya sehingga ke satu masa yang ditetapkan, contohnya sampai ke hari peperiksaan SPM.

Mentor adalah peringkat yang lebih tinggi. Mentor selalunya adalah lanjutan kepada kefasilitatoran kumpulan tertentu. Selepas mengadakan aktiviti dengan kumpulan kecil, fasilitator akan memastikan individu-individu yang paling berpotensi untuk terus menerima latihan khusus daripadanya. Bidang ini masih belum dieksploitasi oleh banyak fasilitator. Mentor ini akan terus memimpin individu tadi sampai dia berjaya dan lebih berjaya daripada mentornya. Mentor memerlukan kemahiran yang tinggi, dari segenap aspek, termasuklah peribadi yang baik, ilmu yang tinggi, dan penampilan yang meyakinkan.

Kaunselor pula memainkan peranaan apabila peserta itu mempunyai masalah spesifik yang perlu diatasi. Contohnya, jika peserta itu mempunyai masalah dengan kekasihnya, keluarganya, atau dengan dirinya sendiri. Kaunselor memerlukan sijil yang khusus. Tetapi tidak mustahil untuk memiliki teknik kaunseling yang baik apabila berhadapan dengan pelajar bermasalah. Selalunya fasilitator akan merujuk pelajar yang mempunyai masalah ke kaunselor untuk tindakan lanjut. Kaunselor akan mengendalikan kumpulan yang kecil, 2-3 orang sahaja. Dalam situasi ini, teknik mendengar dan bercakap perlulah seimbang.

Kesimpulannya, fasilitator mahasiswa perlu memainkan semua peranan di atas, selagi mampu. Oleh itu, pembacaan, pembelajaran, dan pengaplikasian ilmu perlu dibuat oleh semua organisasi fasilitator mahasiswa agara matlamat menghasilkan mahasiswa berbakti kepada masyarakat akan berjaya.

2 comments:

Farah's Voicing Out said...

Salam.. Betullah tu.. Tapi nk komen skit kot. First stepping stone sy ke Faci Team adalah melalui peringkat PRS sekolah, under Karisma dan terus ke Faci Team Kuantan. Tapi dr ingtn sbg PRS di sekolah sy, saluran PRS itu bukan hanya sbg pendengar yg baik shj tetapi juga sbb pemudahcara kpd mslh rakan2.. Sbb itulah ada PRS yg boleh dinaik taraf sbg 'Peer Counselor'. Kita bukan setakat menjadi pendengar setia tapi juga sbg tempat 'lantunan' mslh dlm sesi kaunseling(ibarat dlm permainan squasy, bola yg di'smash'[mslh] melantun ke dinding konkrit [shbt @ PRS]).Ini sekaligus dpt mengajak mrk berfikir ttg pro and cons mslh dan mencr kunci kpd mslh tersebut. Tapi sy akui peringkatnya adlh lebih rendah kalau nk d bandingkan dgn Fasilitator. Beza yg sy nmpak jelasnya adlh Fasilitator lebih tertumpu kpd ahli2 dlm 1 kumpulan tetapi jika kita ingin mengorek mslh slh seorg dr ahli kumpulan, kita perlu berubah watak sbg PRS or 'Peer Counselor'..

safwanmohamad said...

Terima kasih di atas komen farhanah itu..