Memulakan bicara, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi memberikan peluang sekali lagi untuk meluaskan siri bakti kepada ummah ini.
Mahasiswa memainkan peranan penting dalam menyebar luaskan ajaran agama yang sebenar. Bukan itu sahaja, mahasiswa juga menjadi ajen pembaharuan kepada bangsa dan negara agar idea pembangunan dapat meresak masuk ke dalam jiwa setiap yang bernama insan. Sudah pasti, caranya berbeza berdasarkan tempat, masa, dan keadaan. Mahasiswa perlu menjadi kreatif dalam menentukan halatuju dan strategi penyampaian tersebut.
Berbicara tentang Mahasiswa dalam arena kefasilitatoran, memang banyak yang boleh dimanfaatkan oleh golongan ini. Mahasiswa adalah kumpulan elit dalam masyarakat. Apatah lagi bagi para pelajar sekolah, yang sepatutnya memandang golongan ini sebagai jagoan mereka. Mahasiswa sepatutnya menjadi model dan ikon kepada para pelajar, supaya mereka menanamkan keinginan untuk turut melangkah ke alam menara gading.
Dari aspek usia pula, mahasiswa merupakan golongan yang paling sesuai untuk menarik atau membimbing golongan pelajar menengah kerana jurang usia yang tidak jauh. Ada pepatah mengatakan, "Didiklah anak kamu untuk masa mereka." Faktor ini membantu mahasiswa menjadi golongan terbaik kerana zaman mereka sama dengan remaja yang lain. Jadi, tidak ada lagi alasan untuk menerima ajakan ke arah kebaikan.
Pada umumnya, mahasiswa perlu memahami bahawa siapapun mereka, mereka tetap bertanggungjawab membela nasib bangsa dengan melakukan sedaya yang mereka mampu. Salah satu daripadanya ialah dengan menjadi fasilitator dan menyampaikan ilmu mereka kepada pelajar menengah atau rendah, yang seterusnya akan menggantikan mereka pada masa akan datang. Kitaran mulia ini akan berterusan sampailah terbentuk suatu kumpulan manusia yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan akhirnya terbentuklah sebuah Ummah yang baik, cemerlang, gemilang, dan terbilang, juga disebutkan di dalam Al-Quran sebagai Khaira Ummah.
2 comments:
Assalamualaikum. Baru kali pertama saya membaca blog ni walaupun dah lama tahu kewujudannya kerana sibuk dengan 'exam'. Mungkin pengurusan masa belum cukup mantap lagi. Sedikit komen tambahan kepada coretan saudara safwan, bagi saya, menyebar dakwah kepada adik-adik di sekolah di sekeliling kita merupakan fardhu ain ke atas kita yang berilmu dan mampu mencegah kemungkaran tak kira sama ada dengan 'tangan'atau 'lisan'. Sampai bila kita hanya mahu melihat dari tepi & mencegah kemungkaran hanya dengan perasaan benci dalam hati? Setiap orang yang berdakwah mungkin mempunyai cara yang berbeza, solo atau berkumpulan. Kelebihan kita bergerak secara berkumpulan, kita lebih kuat. Kesilapan kita boleh diperbetul, pandanagn boleh dikongsi. Setelah menyertai Facilitaor Team IIUM Kuantan, semakin hari tanggungjawab tersebut semakin berat kerana saya lebih mengenali generasi muda masyarakat di sekelilingyang amat-amat memerlukan pertolongan kita. Pesakit-pesakit yang ditemui di hospital turut menyedarkan saya betapa bermasalahnya masyarakat kita. Cuba perhatikan disekeliling anda, jurang perbezaan & cara pemikiran pelajar sekolah sekarang semakin berbeza daripada kita & generasi terdahulu. Segalanya semakin liberal.Jika bukan kita yang menyekat arus perubahan negatif ini, siapa lagi?
Terima kasih Ili.
Saya sudah lama tidak menyemak blog ini. Maafkan saya kerana tidak berkesempatan. Apapun, inilah tugas besar yang dipikul oleh insan yang berilmu. Teruskanlah memberikan respon kepada penulisan saya di sini.
Post a Comment